Tuesday, December 15, 2009

Thursday, December 3, 2009

Wednesday, October 21, 2009

Tuesday, October 13, 2009

Kucing pon boleh buat "dog tricks"

Jumpa video ini ketika blog hopping ke blog akiraceo kejap tadi. Kucing ini memang bijak dengan patuh melakukan semua arahan tuannya. Nampak sangat makanan memain peranan penting dalam video ni. Mesti kucing tu tengah lapar ^^.

Saturday, October 3, 2009

Kucing Comel Lagi



Sangat kiut kucing di rumah makcik emak ni. Feveret dia cium kasut dan selipar. Huhuhu ^^.

Thursday, September 24, 2009

Kasih ibu & anak



Sudah lama sebenarnya saya ingin snap momen antara ibu dan anak kucing yang sebegini dan raya lepas akhirnya tercapai juga apa yang saya bayangkan selama ini.

Gambar ini adalah seekor anak kucing yang sedang menyusu pada ibunya. Sambil dia minum susu ibunya pula menjilat-jilat anaknya yang saya ibaratkan sebagai tanda “nak, ibu sayang kamu”.


Sunday, September 6, 2009

Si Oren baru



Kucing oren ini emak saya ambil ketika dia ke rumah kawannya. Kucing yang tidak bertuan ini mengiauw-ngiauw dari bawah lori dekat dengan rumah tu. Disebabkan kasihan mak bawa balik dan sekarang dah jadi famili baru kami. Saya panggil dia ni si Oren aje ^^.

Tuesday, August 25, 2009

Thursday, August 20, 2009

Itam... Buat ape tu???



Melepas hajat je Itam? ^^

Wednesday, August 19, 2009

Kucing Di Klinik Haiwan


Kucing Di Klinik Haiwan, originally uploaded by Firdee's Fhoto.

Ketika saya sampai klinik masa bawa si Kuning hari tu kucing comel ini sedang menerima rawatan. Warna perangnya jarang saya lihat ada pada kucing lain.

Sunday, August 2, 2009

Saturday, July 25, 2009

Wednesday, July 22, 2009

Bluek!!!


Bluek!!!, originally uploaded by Firdee's Fhoto.

Siyam Ku


Siyam Ku, originally uploaded by Firdee's Fhoto.

Kiut Tak? ^^


Kiut Tak? ^^, originally uploaded by Firdee's Fhoto.

Tuesday, July 21, 2009

Olen Oh Olen


Olen Sendiri, originally uploaded by Firdee's Fhoto.

Bila melihat Olen sekarang, teringat masa mula-mula saya ambil dia di Pasar Pagi Temerloh. Masa tu memang kami sefamili nak sangat punya kucing berwarna oren sepenuhnya. Angannya nak la dapat seperti kucing Friskies si Fifi tu.

Kami pon round lah satu pasar tu tapi tak ketemu. Yang ada banyak kucing berwarna hitam putih dan kuning putih hitam. Tak puas hati kami pusing lagi buat kali terakhir. Nah! ternampak lah si Olen ni duduk di satu sudut di belakang kedai makan. Apa lagi terus kami keluar mendekat. Tapi dia lari ketakutan. Mak letak je friskies kat lantai terus aje dia berlari ke arah kami dan makan dengan lahapnya. Kesian. Lepas dia habis makan kami bawa balik dan sampai sekarang si Olen membesar dengan sehatnya di rumah saya.

Si Olen ni tidak lah macam kucing saya yang lain yang senang dihinggapi penyakit. Setakat ini dia tak pernah cirit birit dan muntah-muntah. Dia juga tidak memilih makanan. Dan yang paling penting dia sangatlah manjanya dengan seluruh famili saya. Dia juga pantang nampak saya buka pintu kereta sebab dia suka dibawa jalan-jalan naik kereta. ^^

Cammy Yang Sangatlah Laparnya

Sunday, July 19, 2009

Eh, Apa Tu?


Eh, Apa Tu?, originally uploaded by Firdee's Fhoto.

Friday, July 17, 2009

Mereka Yang Ingin Tahu


Ingin Tahu Lagi, originally uploaded by Firdee's Fhoto.

Cammy: Dina, ko nampak tak apa yang aku nampak?
Dina: Hmm???

Neegaaraaa...


Neegaaraaa..., originally uploaded by Firdee's Fhoto.

...kuuuuuu

Wednesday, July 15, 2009

Monday, July 13, 2009

dina keseekoran


dina keseekoran, originally uploaded by Firdee's Fhoto.

Keseekoran selepas kematian kedua beradiknya. Siannn...

Thursday, July 9, 2009

Dia Yang Meminta


Dia Yang Meminta, originally uploaded by Firdee's Fhoto.

Masa sarapan di Mamak Old Town pagi tadi tetiba aje ada kucing tarik-tarik seluar saya. Nak minta makan rupanya.

Wednesday, June 24, 2009

Dalam Kenangan: Dani


Nampaknya jodoh Dani dengan keluarga saya tidak panjang. Dani hari ini mati dilanggar kereta di depan rumah. Apa yang buat saya terkilan, pemandu tersebut tidak menghiraukan langsung kucing yang telah dilanggarnya dan membiarkan saja ia terkapar-kapar kesakitan di tengah jalan raya. Ketika emak saya jumpa ia sudah nyawa-nyawa dan beberapa saat kemudian ia terus kaku. Kesian saya lihat keadaan mata Dani yang terbeliak dan mulut yang penuh dengan darah.

Ps: Dina yang paling bising lepas abangnya dilanggar. Kalau Dina tak bising emak takkan perasan yang Dani dah dilanggar.

Monday, June 22, 2009

Si Comel Gabbana




kredit gambar: wenkt.com

Pagi tadi masa melawat-lawat blog yang ada dalam gugel ride terlihat ada gambar anak kucing di blog Wan si pemilik wenkt.com. Dia baru adopsi satu kucing dari SPCA. Kucingnya sangat lah comel. Jom layan gambar di atas ^^.

Ps: Wan, banyak ke kucing lawo-lawo di SPCA?

Tidur Suka Hati


Lepas makan, buat makanan jadi tilam toto ^^


Buang makanan, buat bekas jadi alas tidur ^^

Friday, June 19, 2009

Tulunnn...

Sendirian


Apalah yang dimenung tu...

Monday, June 15, 2009

Apalah Khabar Mereka Berdua ni...


Dah dekat setahun juga mereka ni diambil oleh seorang kakak yang sangat lah sayangkan kucing. Harap-harap makin sehat dan montel lah mereka ^^ .

Tidur Berbantalkan Lengan

Gitu-Gitu

Where Is The Love?

Monday, June 8, 2009

Banglo Mereka


Gabungan 2 buah sangkar (besar + kecil). Sangkar besar baru beli semalam sebab kesian tengok diorang tidur berhimpit-himpit tak ada ruang peribadi. Semalam lepas diubah suai dengan menggabungkan sangkar lama dan baru inilah hasilnya. Boleh lah diorang pilih tempat tidur tang menjadi idaman kalbu. Nak tempat tinggi boleh nak bawah sekali pon boleh ^^.

Sunday, June 7, 2009

Dia, Ingin Tahu



1: Mula-mula mcm tak layan je tapi still pandang-pandang jeling-jeling



2: Disebabkan nak sangat tahu apa bendanya, terus aje dia mara kedepan sambil membau-bau lensa kamera saya ^^.

Saturday, June 6, 2009

Cak!

Casper, Selepas Mandi





Ps: Comelnye dia duduk lepak dalam selimut lepas mandi pagi tadi.

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Datang Ke Laman Kucing CASPER ^^


Kasihan betul kucing ni. Kecil lagi dah tak ada emak. Orang pun nak buang letak lah dengan emaknya sekali. Ni tak, emak dia jaga anak dia buang. Aduh... Tak kesian ke dengan si cilik yang comel ni. Nasib baik adik saya jumpa. Kalau tak mungkin dah mati kena lenyek dek tayar kereta atau lori. Casper, selamat datang ke Laman Kucing.

Wednesday, May 27, 2009

Monday, May 25, 2009

Intai Kami Antara Nampak...



...Esok jangan rindu-rinduan ^^