Saturday, March 20, 2010

Dani: Nyenyak



Nyenyaknyeee... Comel ^^

Kasihan Si Buta



Kucing ni saya jumpa di salah satu restoran di bandar Bera masa ada job di sana kelmarin. Tengah syok makan peha saya disentuh lembut oleh kucing ini. Dia minta makan lah tu. Kesian juga tengok dia sbb mata kucing ini buta sebelah. Tak tahu lah apa puncanya. Mungkin sebab jangkitan kuman atau mungkin juga dizalimi manusia. Jika memang kerja manusia moga manusia itu insaf lah.

Wednesday, March 17, 2010

Jadual umur kucing dan umur manusia


Picture from: www.catster.com

Baru kejap tadi dapat info ni dari e-mail yang dihantar oleh Catster.Com. Memang info ini saya percaya ramai pemelihara kucing yang ingin mengetahuinya. Saya sendiri sebelum ini tertanya-tanya berapa lah umur kucing-kucing saya jika mereka ini jika hendak disamakan dengan umur manusia. Dengan adanya jadual di atas dapat lah kita membuat rujukan ^^.

Sunday, March 7, 2010

Dani si kucing baru




Baru sebulan lebih si Dani (sempena nama kecing kami yang dah mati dulu) ni jadi sebahagian dari keluarga kami. Mula-mula ambil dulu kecik je dia ni. Tak sangka dalam masa sebulan badannya cepat membesar bagai johan ^^. Selamat datang Dani. Sila kan jadi kesayangan kami ya \(^^)/