Thursday, April 30, 2009

3 Beradik Sakit

3bradik050409

Semalam nampak satu kelainan pada ketiga-tiga beradik ini. Masing-masing jalan terhencot-hencot. Kaki belakang masing-masing seperti sakit terseliuh. Kasihan sungguh saya lihat.

Pagi ni masa saya nak bagi mereka bertiga makan si Dani pula dah terhencot-hencot lagi teruk dari dua beradiknya semalam. Kedua-dua kaki belakang dani kelihatan seperti tidak berdaya untuk menampung berat badannya untuk berjalan. Badan pula masing-masing panas macam demam.



Saya terus tidak sedap hati kerana takut apa-apa akan berlaku kepada tiga beradik ini. Terus saya ajak emak dan Iman untuk ke Klinik Haiwan Temerloh bagi memastikan penyakit ketiga beradik ini. Sampai di sana mereka di periksa dan ternyata mereka memang sakit. Semua demam dan si Dani lah yang paling kuat panas badannya. Sebab tu lah si Dani paling lemah sekali. Balik dari klinik terus beri mereka ubat demam, antibiotik dan vitamin. Moga sereka cepat sembuh.

Ps: Tidak mahu terjadi seperti dulu.

Saturday, April 25, 2009

3 Beradik Selepas 25 Hari

Setiap orang pasti akan gembira bila apa yang diusahakan menampakkan perubahan yang positif. Apa yang ingin saya ceritakan di sini adalah perbezaan anak kucing yang saya kutip 25 hari yang lepas pada hari ini. Saya sangat seronok kerana saya dapat lihat perubahan yang sangat ketara berlaku kepada mereka bertiga ini kerana setiap hari saya melayan karenah mereka. Hari pertama sampai ke rumah saya mereka bertiga sungguh penakut bila nampak saja orang akan mendekati mereka. Hari ini selepas 25 hari berlalu mereka sudah biasa dan sentiasa mahu mendekati kami sekeluarga. Paling best bila saya balik dari kerja pasti ketiga-tiga mereka akan mengiauww dan berkejar ke arah saya menggesel-geselkan badan di kaki saya untuk memberi isyarat yang mereka sangat lapar dan mahukan makanan. Agaknya begitulah seronoknya seorang ayah bila dia balik saja dari kerja anak-anaknya menjerit "yey yeah, ayah balik!" sambil berlari memeluknya =) .

Jom perhatikan kedua-dua gambar ini. Anda nampak perubahan pada fizikal mereka? Perubahan mereka membuatkan saya rasa berbaloi setiap wang ringgit yang saya laburkan untuk mereka =) .

3bradik050409
Diskripsi: Dani (oren) nampak seperti ketakutan. Dina (putih) dan Dini (hitam/ kelabu) sentiada akan berada di belakang abangnya si Dani.

3bradik250409
Diskripsi: Mereka bertiga sudah tidak berhimpit-himpit bila didekati. Bulu semakin cantik dan bersinar. Masing-masing dipakaikan rantai berloceng supaya senang nak dijejak =) .

Tuesday, April 21, 2009

Dua Generasi


Dotam & Singa


Kuning & Tompok

Two Face

Kuning, Kau Yang Pertama


Kuning ketika hari pertama di rumah saya


Kuning setelah setahun bersama keluarga saya

Kuning ini asalnya adalah kucing terbiar yang selalu emak saya nampak bermain-main di gerai-gerai nasi lemak di depan rumah saya. Dah lama emak saya perhatikan keletah dia yang sangat aktif dan akhirnya emak saya ambil dan bawak dia balik rumah. Asalnya kami ingatkan warnanya kelabu oren dan warna itu memang tak pernah lagi kami jumpa. Tapi, selepas saja dia dimandikan baru lah terserlah warna sebenar dia iaitu putih oren =) . Dah terlalu lama bermain kotor di luar tanpa tuan yang menjaga menjadikan bulunya yang putih itu jadi kelabu kehitaman.

Pada minggu pertama dia di rumah saya ayah sangat marah sebab ayah memang dari dulu tidak suka kami bela kucing sebab dia tak mahu rumah berbau busuk dengan bau tahi kucing. tapi selepas sebulan Kuning di rumah, ayah semakin senang bermain-main dengan Kuning disebabkan keletah kuning yang sangat lincah. Akhirnya, sehingga ke hari ini setelah lebih dua tahun Kuning menjadi kucing kesayangan ayah =) .

Semakin meningkat umurnya semakin banyak masa Kuning dihabiskan untuk tidur. Kuning dah tak selincah dulu. Badan pun semakin kurus dan dia dah tak kuat makan sebab terlalu memilih makanan. Dia dah tak nak makan makanan kucing tetapi dia lebih suka makan apa yang manusia makan. So, sekarang makanan kesukaanya ialah ikan rebus. Hidungnya akan cepat saja dapat menangkap bau ikan yang sedang direbus dan akan setia menunggu di dapur sampai lah ikan masak =) .



Monday, April 13, 2009

Apa Yang Boleh Kita Belajar Daripada Kucing/ Haiwan

1_556616977l

Sudah hampir dua tahun saya menjadi pemelihara kucing dan selama dua tahun juga pelbagai kenangan manis dan sedih yang saya lalui bersama kucing-kucing kesayangan. Semakin lama saya semakin memahami tabiat serta perangai kucing dan saya juga nampak ada sesuatu yang kucing-kucing ini nak saya ambil tahu untuk belajar daripada mereka kerana "mungkin" mereka tahu yang manusia di zaman sekarang semakin berperangai lebih teruk dari mereka (haiwan). Berikut saya senaraikan apa yang saya belajar dari kucing-kucing ini:

1) Belajar untuk lebih bersifat penyanyang

Kucing sangat-sangat penyayang dengan semua ahli keluarga mereka. Saya tidak boleh lupa gelagat antara ibu dan anak kucing yang saya lihat ketika menunggu makanan di restoran mamak.

Si anak sangat lincah dan ligat bermain-main di kaki saya dan si ibu hanya memerhati di bawah meja sebelah sambil menggoyangkan ekornya ke kiri dan ke kanan berulang kali. Tiba-tiba si anak yang telah lama memerhati ekor si ibu terus lari menerkam ekor tersebut dan mengigit-gigit dengan geramnya. Mungkin si ibu berasa sakit campur terkejut maka terus si ibu menerkam si anak dan menggigit lehernya. Si anak terus terdiam membatu beberapa saat. Si ibu yang mendapati si anak sudah diam terus melonggarkan gigitan dan terus menjilat-jilat leher si anak dengan penuh kasih sayang. Terus hati saya rasa terharu melihat perlakuan si ibu itu kerana saya tahu dia gigit untuk memberitahu supaya si anak jangan nakal-nakal sangat. Apa yang membuatkan saya lebih terharu selepas itu adalah bila si anak membalas jilatan si ibu dengan menjilat-jilat pula mulut dan muka si ibu. Mungkin si anak sedang meminta maaf di atas sikapnya yang nakal dan menyakitkan ibunya.
Kita sering tidak perasan yang tindak tanduk dan perangai kita setiap hari mungkin ada yang menyakiti hati dan perasaan orang yang kita sayang terutama ibu dan bapa kita. Lebih menyedihkan lagi, ada diantara anak-anak zaman sekarang yang sengaja menyakiti hati dan perasaan ibu bapa mereka dengan tanpa rasa bersalah. Walaupun ibu bapa menangis dan mengemis simpati anak supaya berubah tetapi si anak tetap juga dengan bongkaknya berkeras untuk mengikut rasa hati mudanya. Tidakkah si anak sedar apa yang ada padanya hari ini tidak mungkin ada tanpa pengorbanan ibu bapanya.

2) Belajar untuk menjadi lebih penyabar

Jika masa mula-mula memelihara kucing dulu saya sangat tidak sabar bila kucing saya "melepaskan hajat" mereka di tempat yang tidak sepatutnya lebih-lebih lagi di dalam rumah. Memang terasa nak campak aje kucing tu keluar sebab tidak faham bahasa (kucing mane faham ape ko cakap le... =p). Tapi, semakin lama saya menjadi semakin penyabar untuk berhadapan dengan karenah kucing-kucing ini kerana bila kita pelihara kucing/ haiwan kita mestilah sabar bila mereka buat hal sebab memang sudah tertulis haiwan hanya diberi otak tetapi tidak diberi akal oleh Allah untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Jadi, sabo aje laa... =)

3) Belajar menjadi lebih berdisiplin

Rutin harian bila kita memelihara kucing/ haiwan:
  • Bangun pagi buka sangkar dan beri kucing makan.

  • Sementara kucing berselera menjamah makanan, kita pula membantutkan sedikit selera sarapan pagi dengan membuang najis-najis kucing ini.

  • Kalau tengah hari ada di rumah, beri lagi kucing ini makan tengah hari mereka.

  • Sebelum kita makan malam, beri kucing makan dulu biar bila kita kurung kucing ni nanti takde lah diorang bising mengiaww aje.
Dengan semua rutin di atas membuatkan kita juga mendisiplinkan diri untuk mengatur jadual aktiviti harian kita. Kerja kita beres kucing pun semakin sihat dan comel =) .

4) Belajar menjadi lebih pemurah

Bila dah pelihara kucing ni dengan automatiknya saya akan berasa kasihan bila terjumpa anak kucing yang dibuang orang tanpa ibunya. Jadi, saya akan ambil dan beri makan dan minum secukupnya. Bila melihat kucing yang dipungut itu semakin membesar dengan sihat dan comel, saya merasa seronok dan terasa seperti sudah menolong seorang anak yatim piatu pula. Huhuhu =) . Saya akan lebih ringan tangan untuk menderma apa yang termampu kepada orang yang minta sedekah/ susah kerana dengan kucing pun saya tidak berkira untuk berhabis wang ringgit ini kan pula dengan sesama manusia.

Ini saja lah untuk kali ini. Ada sesiapa yang nak tambah lagi boleh lah tambah di ruangan komen ye =) . Ngantoknyeee...

[Entri ini adalah sama dengan entri baru di blog Firdee]

Sunday, April 12, 2009

Dia Ingat Dia Kucing Kot



Ini adalah satu-satunya arnab yang ada di rumah saya dan arnab ini sentiasa bersua muka dengan ke lima-lima kucing saya. Mula-mula terkejut juga bila dia join si Itam makan. Sampai hari ini kalau si Itam tengah makan mesti dia join sekali dan terus si Itam berhenti makan. Huhuhu =)

Sunday, April 5, 2009