Wednesday, June 24, 2009

Dalam Kenangan: Dani


Nampaknya jodoh Dani dengan keluarga saya tidak panjang. Dani hari ini mati dilanggar kereta di depan rumah. Apa yang buat saya terkilan, pemandu tersebut tidak menghiraukan langsung kucing yang telah dilanggarnya dan membiarkan saja ia terkapar-kapar kesakitan di tengah jalan raya. Ketika emak saya jumpa ia sudah nyawa-nyawa dan beberapa saat kemudian ia terus kaku. Kesian saya lihat keadaan mata Dani yang terbeliak dan mulut yang penuh dengan darah.

Ps: Dina yang paling bising lepas abangnya dilanggar. Kalau Dina tak bising emak takkan perasan yang Dani dah dilanggar.

Monday, June 22, 2009

Si Comel Gabbana




kredit gambar: wenkt.com

Pagi tadi masa melawat-lawat blog yang ada dalam gugel ride terlihat ada gambar anak kucing di blog Wan si pemilik wenkt.com. Dia baru adopsi satu kucing dari SPCA. Kucingnya sangat lah comel. Jom layan gambar di atas ^^.

Ps: Wan, banyak ke kucing lawo-lawo di SPCA?

Tidur Suka Hati


Lepas makan, buat makanan jadi tilam toto ^^


Buang makanan, buat bekas jadi alas tidur ^^

Friday, June 19, 2009

Tulunnn...

Sendirian


Apalah yang dimenung tu...

Monday, June 15, 2009

Apalah Khabar Mereka Berdua ni...


Dah dekat setahun juga mereka ni diambil oleh seorang kakak yang sangat lah sayangkan kucing. Harap-harap makin sehat dan montel lah mereka ^^ .

Tidur Berbantalkan Lengan

Gitu-Gitu

Where Is The Love?

Monday, June 8, 2009

Banglo Mereka


Gabungan 2 buah sangkar (besar + kecil). Sangkar besar baru beli semalam sebab kesian tengok diorang tidur berhimpit-himpit tak ada ruang peribadi. Semalam lepas diubah suai dengan menggabungkan sangkar lama dan baru inilah hasilnya. Boleh lah diorang pilih tempat tidur tang menjadi idaman kalbu. Nak tempat tinggi boleh nak bawah sekali pon boleh ^^.

Sunday, June 7, 2009

Dia, Ingin Tahu



1: Mula-mula mcm tak layan je tapi still pandang-pandang jeling-jeling



2: Disebabkan nak sangat tahu apa bendanya, terus aje dia mara kedepan sambil membau-bau lensa kamera saya ^^.

Saturday, June 6, 2009

Cak!

Casper, Selepas Mandi





Ps: Comelnye dia duduk lepak dalam selimut lepas mandi pagi tadi.

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Datang Ke Laman Kucing CASPER ^^


Kasihan betul kucing ni. Kecil lagi dah tak ada emak. Orang pun nak buang letak lah dengan emaknya sekali. Ni tak, emak dia jaga anak dia buang. Aduh... Tak kesian ke dengan si cilik yang comel ni. Nasib baik adik saya jumpa. Kalau tak mungkin dah mati kena lenyek dek tayar kereta atau lori. Casper, selamat datang ke Laman Kucing.