Wednesday, May 27, 2009
Monday, May 25, 2009
Saturday, May 23, 2009
Kucing Yang Comel & Gebu
Gambar kedua-dua ekor kucing comel ini saya ambil di rumah keluarga angkat De di Kuantan. Masa De pergi setup komputer pakcik tu saya pula sibuk menjadikan kedua-dua kucing ini model. Tapi, hanya kucing gebu oren saja yang suka diambil gambarnya. Kucing gebu kelabu lebih suka rileks di dalam rumahnya ^^.
Thursday, May 21, 2009
Manusia Ini Sangat Kejam!!!
Gambar ini saya ambil dari blog AbyRad. Tapi sebelum ini saya sudah pernah melihat gambar-gambar ini di email. Memang terkejut ketika pertama kali melihat gambar ini. Pada mulanya saya fikir perempuan ini nak belai dan sayang anak kucing itu tapi semakin bawah saya scroll semakin sedih saya rasa. Kejam sungguh manusia ini! Tidak kah dia rasa kasihan sedikit pun. Memang naik darah dibuatnya bila melihat perlakuan ini.
Monday, May 18, 2009
[Mood Sedih] 3 Beradik Yang Tidak Sihat
Selepas 2 hari saya ambil Siang dan Malam dari Pasar Temerloh, si comelku 3 Beradik masing-masing cirit-birit. Semuanya berjangkit daripada penyakit Siang dan Malam. Selepas tu saya asingkan si 3 Beradik dengan Siang dan Malam di lain-lain sangkar. Pada mulanya saya tidak bawa mereka ke klinik haiwan kerana beranggapan ianya hanya penyakit sementara. Tapi sehingga semalam saya lihat 3 Beradik masih lagi ada yang berak cair dan si Dina langsung tidak mahu makan tapi hanya mahu minum sahaja.
Pagi tadi saya bawa mereka 3 Beradik ke klinik haiwan dan doktor di sana cakap mungkin berjangkit dengan penyakit kucing yang baru saya ambil tu (Siang dan Malam). Doktor tidak mahu suntik si 3 Beradik ni sebab masing-masing tengah sakit so doktor hanya beri ubat cacing dan ubat sakit perut. Doktor suruh pantau keadaan 3 Beradik ni selama 3 hari dan jika positif baru lah doktor akan beri suntikan imunisasi. Harap-harap cepat lah mereka bertiga ni sembuh.

Saturday, May 16, 2009
Kucing Sis: Si Oyen
Thursday, May 14, 2009
Sunday, May 10, 2009
Keluarga Baru: Siang & Malam
Ingin saya perkenalkan ahli keluarga baru Laman Kucing iaitu Siang dan Malam. Saya adopsi mereka berdua ini daripada pasar tani Temerloh pagi tadi selepas kami sekeluarga bersarapan di bandar.
Siang & Malam @ Sangkar
Malam yang rileks
Siang yang kecoh =)
Sampai saja di rumah terus hidangkan makanan untuk mereka berdua. Pelahapnya tak payang cerita lah. Maklum lah, di pasar makan tak menentu. Tokei makanan kering di pasar tu setiap petang sebelum dia balik rumah selalu hidangkan kucing-kucing di sana dengan beberapa ketul ikan masin. Sebab tu lah kebanyakan kucing di pasar tu berkurap. Saya hanya akan adopsi kucing yang kecil, tidak beribu dan tiada kurap. Jadi untuk kali ini Siang & Malam menjadi pilihan.
Welcome to our family guys =) .

Friday, May 8, 2009
Hilang
Thursday, May 7, 2009
Dina Ketiduran
Monday, May 4, 2009
Villa Kucing
Sangkar kucing ini sudah lebih setahun terbiar di bawah pokok mangga depan rumah kerana selepas Si Itam dah tidak dikurung lagi. Bila saya adopsi aje si 3 Beradik terus saya bersihkan balik dan letak mereka bertiga di dalamnya.
Mula-mula ok aje mereka bertiga ni duduk diam-diam dalam sangkar tu tapi satu hari saya balik aje dari kerja saya tengok si Dina dah ada kat luar. Rupa-rupanya dia paksa kepala dia boleh keluar sebab kepala dia muat-muat palang besi sangkar tu. Hee... ;)
Esoknya terus saya beli jaring hijau tu dan buat pagar sekeliling sangkar supaya dia tak boleh menyelit lagi. Esoknya saya tgk diorang boring aje terkurung dan tidur pon berhimpit-himpit je adik beradik. Jadi saya pon buat le tingkat-tingkat untuk diorang boleh lebih bebas tidur dan main panjat-panjat kat dalam sangkar tu. Memang asyik le jadi kontraktor untuk renovate rumah diorang tu.
Sekarang rumah diorang dah jadi villa 3 tingkat (ground floor = ruang makan, 1st & 2nd floor = ruang tidur dan bergusti) dan mereka ada banyak pilihan untuk tidur di mana-mana bahagian dan tingkat yang diorang nak. Tak ade lah asyik tidur berhimpit-himpit aje kat bawah sebab kena tidur sekali sebelah bekas makanan dan air minum diorang.

Subscribe to:
Posts (Atom)