Monday, May 18, 2009

[Mood Sedih] 3 Beradik Yang Tidak Sihat

Selepas 2 hari saya ambil Siang dan Malam dari Pasar Temerloh, si comelku 3 Beradik masing-masing cirit-birit. Semuanya berjangkit daripada penyakit Siang dan Malam. Selepas tu saya asingkan si 3 Beradik dengan Siang dan Malam di lain-lain sangkar. Pada mulanya saya tidak bawa mereka ke klinik haiwan kerana beranggapan ianya hanya penyakit sementara. Tapi sehingga semalam saya lihat 3 Beradik masih lagi ada yang berak cair dan si Dina langsung tidak mahu makan tapi hanya mahu minum sahaja.

Pagi tadi saya bawa mereka 3 Beradik ke klinik haiwan dan doktor di sana cakap mungkin berjangkit dengan penyakit kucing yang baru saya ambil tu (Siang dan Malam). Doktor tidak mahu suntik si 3 Beradik ni sebab masing-masing tengah sakit so doktor hanya beri ubat cacing dan ubat sakit perut. Doktor suruh pantau keadaan 3 Beradik ni selama 3 hari dan jika positif baru lah doktor akan beri suntikan imunisasi. Harap-harap cepat lah mereka bertiga ni sembuh.