Monday, May 4, 2009

Villa Kucing



Sangkar kucing ini sudah lebih setahun terbiar di bawah pokok mangga depan rumah kerana selepas Si Itam dah tidak dikurung lagi. Bila saya adopsi aje si 3 Beradik terus saya bersihkan balik dan letak mereka bertiga di dalamnya.

Mula-mula ok aje mereka bertiga ni duduk diam-diam dalam sangkar tu tapi satu hari saya balik aje dari kerja saya tengok si Dina dah ada kat luar. Rupa-rupanya dia paksa kepala dia boleh keluar sebab kepala dia muat-muat palang besi sangkar tu. Hee... ;)

Esoknya terus saya beli jaring hijau tu dan buat pagar sekeliling sangkar supaya dia tak boleh menyelit lagi. Esoknya saya tgk diorang boring aje terkurung dan tidur pon berhimpit-himpit je adik beradik. Jadi saya pon buat le tingkat-tingkat untuk diorang boleh lebih bebas tidur dan main panjat-panjat kat dalam sangkar tu. Memang asyik le jadi kontraktor untuk renovate rumah diorang tu.

Sekarang rumah diorang dah jadi villa 3 tingkat (ground floor = ruang makan, 1st & 2nd floor = ruang tidur dan bergusti) dan mereka ada banyak pilihan untuk tidur di mana-mana bahagian dan tingkat yang diorang nak. Tak ade lah asyik tidur berhimpit-himpit aje kat bawah sebab kena tidur sekali sebelah bekas makanan dan air minum diorang.

No comments:

Post a Comment