Showing posts with label Kucing Baru. Show all posts
Showing posts with label Kucing Baru. Show all posts

Sunday, March 7, 2010

Dani si kucing baru




Baru sebulan lebih si Dani (sempena nama kecing kami yang dah mati dulu) ni jadi sebahagian dari keluarga kami. Mula-mula ambil dulu kecik je dia ni. Tak sangka dalam masa sebulan badannya cepat membesar bagai johan ^^. Selamat datang Dani. Sila kan jadi kesayangan kami ya \(^^)/

Sunday, September 6, 2009

Si Oren baru



Kucing oren ini emak saya ambil ketika dia ke rumah kawannya. Kucing yang tidak bertuan ini mengiauw-ngiauw dari bawah lori dekat dengan rumah tu. Disebabkan kasihan mak bawa balik dan sekarang dah jadi famili baru kami. Saya panggil dia ni si Oren aje ^^.

Tuesday, June 2, 2009

Selamat Datang Ke Laman Kucing CASPER ^^


Kasihan betul kucing ni. Kecil lagi dah tak ada emak. Orang pun nak buang letak lah dengan emaknya sekali. Ni tak, emak dia jaga anak dia buang. Aduh... Tak kesian ke dengan si cilik yang comel ni. Nasib baik adik saya jumpa. Kalau tak mungkin dah mati kena lenyek dek tayar kereta atau lori. Casper, selamat datang ke Laman Kucing.

Thursday, May 21, 2009

Sunday, May 10, 2009

Keluarga Baru: Siang & Malam

Ingin saya perkenalkan ahli keluarga baru Laman Kucing iaitu Siang dan Malam. Saya adopsi mereka berdua ini daripada pasar tani Temerloh pagi tadi selepas kami sekeluarga bersarapan di bandar.


Siang & Malam @ Sangkar


Malam yang rileks


Siang yang kecoh =)

Sampai saja di rumah terus hidangkan makanan untuk mereka berdua. Pelahapnya tak payang cerita lah. Maklum lah, di pasar makan tak menentu. Tokei makanan kering di pasar tu setiap petang sebelum dia balik rumah selalu hidangkan kucing-kucing di sana dengan beberapa ketul ikan masin. Sebab tu lah kebanyakan kucing di pasar tu berkurap. Saya hanya akan adopsi kucing yang kecil, tidak beribu dan tiada kurap. Jadi untuk kali ini Siang & Malam menjadi pilihan.

Welcome to our family guys =) .

Sunday, April 5, 2009