Showing posts with label Si Malam. Show all posts
Showing posts with label Si Malam. Show all posts

Monday, May 18, 2009

[Mood Sedih] 3 Beradik Yang Tidak Sihat

Selepas 2 hari saya ambil Siang dan Malam dari Pasar Temerloh, si comelku 3 Beradik masing-masing cirit-birit. Semuanya berjangkit daripada penyakit Siang dan Malam. Selepas tu saya asingkan si 3 Beradik dengan Siang dan Malam di lain-lain sangkar. Pada mulanya saya tidak bawa mereka ke klinik haiwan kerana beranggapan ianya hanya penyakit sementara. Tapi sehingga semalam saya lihat 3 Beradik masih lagi ada yang berak cair dan si Dina langsung tidak mahu makan tapi hanya mahu minum sahaja.

Pagi tadi saya bawa mereka 3 Beradik ke klinik haiwan dan doktor di sana cakap mungkin berjangkit dengan penyakit kucing yang baru saya ambil tu (Siang dan Malam). Doktor tidak mahu suntik si 3 Beradik ni sebab masing-masing tengah sakit so doktor hanya beri ubat cacing dan ubat sakit perut. Doktor suruh pantau keadaan 3 Beradik ni selama 3 hari dan jika positif baru lah doktor akan beri suntikan imunisasi. Harap-harap cepat lah mereka bertiga ni sembuh.

Sunday, May 10, 2009

Gelagat Mereka





Keluarga Baru: Siang & Malam

Ingin saya perkenalkan ahli keluarga baru Laman Kucing iaitu Siang dan Malam. Saya adopsi mereka berdua ini daripada pasar tani Temerloh pagi tadi selepas kami sekeluarga bersarapan di bandar.


Siang & Malam @ Sangkar


Malam yang rileks


Siang yang kecoh =)

Sampai saja di rumah terus hidangkan makanan untuk mereka berdua. Pelahapnya tak payang cerita lah. Maklum lah, di pasar makan tak menentu. Tokei makanan kering di pasar tu setiap petang sebelum dia balik rumah selalu hidangkan kucing-kucing di sana dengan beberapa ketul ikan masin. Sebab tu lah kebanyakan kucing di pasar tu berkurap. Saya hanya akan adopsi kucing yang kecil, tidak beribu dan tiada kurap. Jadi untuk kali ini Siang & Malam menjadi pilihan.

Welcome to our family guys =) .