Sunday, September 6, 2009
Saturday, June 6, 2009
Monday, May 18, 2009
[Mood Sedih] 3 Beradik Yang Tidak Sihat
Pagi tadi saya bawa mereka 3 Beradik ke klinik haiwan dan doktor di sana cakap mungkin berjangkit dengan penyakit kucing yang baru saya ambil tu (Siang dan Malam). Doktor tidak mahu suntik si 3 Beradik ni sebab masing-masing tengah sakit so doktor hanya beri ubat cacing dan ubat sakit perut. Doktor suruh pantau keadaan 3 Beradik ni selama 3 hari dan jika positif baru lah doktor akan beri suntikan imunisasi. Harap-harap cepat lah mereka bertiga ni sembuh.
Thursday, April 30, 2009
3 Beradik Sakit
Semalam nampak satu kelainan pada ketiga-tiga beradik ini. Masing-masing jalan terhencot-hencot. Kaki belakang masing-masing seperti sakit terseliuh. Kasihan sungguh saya lihat.
Pagi ni masa saya nak bagi mereka bertiga makan si Dani pula dah terhencot-hencot lagi teruk dari dua beradiknya semalam. Kedua-dua kaki belakang dani kelihatan seperti tidak berdaya untuk menampung berat badannya untuk berjalan. Badan pula masing-masing panas macam demam.

Saya terus tidak sedap hati kerana takut apa-apa akan berlaku kepada tiga beradik ini. Terus saya ajak emak dan Iman untuk ke Klinik Haiwan Temerloh bagi memastikan penyakit ketiga beradik ini. Sampai di sana mereka di periksa dan ternyata mereka memang sakit. Semua demam dan si Dani lah yang paling kuat panas badannya. Sebab tu lah si Dani paling lemah sekali. Balik dari klinik terus beri mereka ubat demam, antibiotik dan vitamin. Moga sereka cepat sembuh.
Ps: Tidak mahu terjadi seperti dulu.
Saturday, April 25, 2009
3 Beradik Selepas 25 Hari
Setiap orang pasti akan gembira bila apa yang diusahakan menampakkan perubahan yang positif. Apa yang ingin saya ceritakan di sini adalah perbezaan anak kucing yang saya kutip 25 hari yang lepas pada hari ini. Saya sangat seronok kerana saya dapat lihat perubahan yang sangat ketara berlaku kepada mereka bertiga ini kerana setiap hari saya melayan karenah mereka. Hari pertama sampai ke rumah saya mereka bertiga sungguh penakut bila nampak saja orang akan mendekati mereka. Hari ini selepas 25 hari berlalu mereka sudah biasa dan sentiasa mahu mendekati kami sekeluarga. Paling best bila saya balik dari kerja pasti ketiga-tiga mereka akan mengiauww dan berkejar ke arah saya menggesel-geselkan badan di kaki saya untuk memberi isyarat yang mereka sangat lapar dan mahukan makanan. Agaknya begitulah seronoknya seorang ayah bila dia balik saja dari kerja anak-anaknya menjerit "yey yeah, ayah balik!" sambil berlari memeluknya =) .
Jom perhatikan kedua-dua gambar ini. Anda nampak perubahan pada fizikal mereka? Perubahan mereka membuatkan saya rasa berbaloi setiap wang ringgit yang saya laburkan untuk mereka =) .
Diskripsi: Dani (oren) nampak seperti ketakutan. Dina (putih) dan Dini (hitam/ kelabu) sentiada akan berada di belakang abangnya si Dani.
Diskripsi: Mereka bertiga sudah tidak berhimpit-himpit bila didekati. Bulu semakin cantik dan bersinar. Masing-masing dipakaikan rantai berloceng supaya senang nak dijejak =) .
Tuesday, April 21, 2009
Kuning, Kau Yang Pertama

Kuning ketika hari pertama di rumah saya

Kuning setelah setahun bersama keluarga saya
Kuning ini asalnya adalah kucing terbiar yang selalu emak saya nampak bermain-main di gerai-gerai nasi lemak di depan rumah saya. Dah lama emak saya perhatikan keletah dia yang sangat aktif dan akhirnya emak saya ambil dan bawak dia balik rumah. Asalnya kami ingatkan warnanya kelabu oren dan warna itu memang tak pernah lagi kami jumpa. Tapi, selepas saja dia dimandikan baru lah terserlah warna sebenar dia iaitu putih oren =) . Dah terlalu lama bermain kotor di luar tanpa tuan yang menjaga menjadikan bulunya yang putih itu jadi kelabu kehitaman.
Pada minggu pertama dia di rumah saya ayah sangat marah sebab ayah memang dari dulu tidak suka kami bela kucing sebab dia tak mahu rumah berbau busuk dengan bau tahi kucing. tapi selepas sebulan Kuning di rumah, ayah semakin senang bermain-main dengan Kuning disebabkan keletah kuning yang sangat lincah. Akhirnya, sehingga ke hari ini setelah lebih dua tahun Kuning menjadi kucing kesayangan ayah =) .
Semakin meningkat umurnya semakin banyak masa Kuning dihabiskan untuk tidur. Kuning dah tak selincah dulu. Badan pun semakin kurus dan dia dah tak kuat makan sebab terlalu memilih makanan. Dia dah tak nak makan makanan kucing tetapi dia lebih suka makan apa yang manusia makan. So, sekarang makanan kesukaanya ialah ikan rebus. Hidungnya akan cepat saja dapat menangkap bau ikan yang sedang direbus dan akan setia menunggu di dapur sampai lah ikan masak =) .