Thursday, April 30, 2009

3 Beradik Sakit

3bradik050409

Semalam nampak satu kelainan pada ketiga-tiga beradik ini. Masing-masing jalan terhencot-hencot. Kaki belakang masing-masing seperti sakit terseliuh. Kasihan sungguh saya lihat.

Pagi ni masa saya nak bagi mereka bertiga makan si Dani pula dah terhencot-hencot lagi teruk dari dua beradiknya semalam. Kedua-dua kaki belakang dani kelihatan seperti tidak berdaya untuk menampung berat badannya untuk berjalan. Badan pula masing-masing panas macam demam.



Saya terus tidak sedap hati kerana takut apa-apa akan berlaku kepada tiga beradik ini. Terus saya ajak emak dan Iman untuk ke Klinik Haiwan Temerloh bagi memastikan penyakit ketiga beradik ini. Sampai di sana mereka di periksa dan ternyata mereka memang sakit. Semua demam dan si Dani lah yang paling kuat panas badannya. Sebab tu lah si Dani paling lemah sekali. Balik dari klinik terus beri mereka ubat demam, antibiotik dan vitamin. Moga sereka cepat sembuh.

Ps: Tidak mahu terjadi seperti dulu.

Saturday, April 25, 2009

3 Beradik Selepas 25 Hari

Setiap orang pasti akan gembira bila apa yang diusahakan menampakkan perubahan yang positif. Apa yang ingin saya ceritakan di sini adalah perbezaan anak kucing yang saya kutip 25 hari yang lepas pada hari ini. Saya sangat seronok kerana saya dapat lihat perubahan yang sangat ketara berlaku kepada mereka bertiga ini kerana setiap hari saya melayan karenah mereka. Hari pertama sampai ke rumah saya mereka bertiga sungguh penakut bila nampak saja orang akan mendekati mereka. Hari ini selepas 25 hari berlalu mereka sudah biasa dan sentiasa mahu mendekati kami sekeluarga. Paling best bila saya balik dari kerja pasti ketiga-tiga mereka akan mengiauww dan berkejar ke arah saya menggesel-geselkan badan di kaki saya untuk memberi isyarat yang mereka sangat lapar dan mahukan makanan. Agaknya begitulah seronoknya seorang ayah bila dia balik saja dari kerja anak-anaknya menjerit "yey yeah, ayah balik!" sambil berlari memeluknya =) .

Jom perhatikan kedua-dua gambar ini. Anda nampak perubahan pada fizikal mereka? Perubahan mereka membuatkan saya rasa berbaloi setiap wang ringgit yang saya laburkan untuk mereka =) .

3bradik050409
Diskripsi: Dani (oren) nampak seperti ketakutan. Dina (putih) dan Dini (hitam/ kelabu) sentiada akan berada di belakang abangnya si Dani.

3bradik250409
Diskripsi: Mereka bertiga sudah tidak berhimpit-himpit bila didekati. Bulu semakin cantik dan bersinar. Masing-masing dipakaikan rantai berloceng supaya senang nak dijejak =) .

Tuesday, April 21, 2009